Pertama sekali saya mengucapkan salam dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada sdr Adnan atas usaha mengujudkan blog untuk warga tahap . Saya yakin dan percaya usaha murni ini akan mendatangkan hasil dan natijah yang berguna untuk kita semua. Agak bertuah juga saya kira menjadi warga Tahap walaupun cuma untuk tempoh tiga tahun sahaja ( 1988-1990). Saya kira dalam tempoh tiga tahun tersebut banyak mengajar saya dalam persiapan awal untuk melangkah ke Kolej Islam kelang dan seterusnya selepas itu di Universiti Islam Antarabangsa.
Walaupun dari segi pencapaian akademik saya tidaklah boleh dibanggakan sangat ( dikira dengan peluang yang diberi) tetapi peluang untuk bersama dengan orang-orang yang hebat semasa tempoh tiga tahun bersama dengan generasi ke5 banyak memberi panduan berguna dalam kehidupan saya.
Apa yang nyata, kalau dikenang kembali masa yang berlalu tersebut, tidak ada pun dikalangan kita yang menjangkakan ketika ini begini jadinya kita semua. Siapa yang dapat menduga dalam usia baru mencecah 33 tahun, sahabat kita YB Mohd Shafri telah pun menjadi ahli MMK kerajaan negeri Pahang. Malahan ramai diantara kita yang telah berjaya mengetuai bidang masing-masing.
Oleh yang demikian saya sangat gembira apabila sdr Adnan membuka blog ini untuk kita terus bertukar fikiran dan pendapat mahupun untuk meneruskan persahabatan yang mulia ini. Mungkin dengan adanya pengisian dan pertembungan minda ini akan melahirkan idea yang bernas yang bukan sahaja untuk dibuku atau dipamerkan malahan lebih jauh dari itu untuk dicernakan dalam masyarakat umumnya dan warga TAHAP khasnya.
GST ialah Goods and Services Tax
11 months ago

No comments:
Post a Comment