Teringat satu masa dahulu, 7 Januari 1993 (Khamis), 9 orang remaja yang sedang menunggu keputusan SPM 92 telah melakukan satu kayuhan bersejarah untuk lipatan diri mereka. Semasa di Kedah, 9 remaja ini telah disertai oleh seorang rakan mereka menjadikan 10 orang.
Berbekalkan semangat TAHAP BOLEH maka mereka memulakan perjalanan bersejarah untuk mengelilingi semenanjung Malaysia menaiki basikal. Perjalanan bermula dari Kuantan menuju ke Pekan (Hentian pertama). Walaupun jarak kuantan-pekan tu agak dekat tetapi kami telah beberapa kali berhenti kerana keletihan. Maklumlah otot baru nak pecah. Disana kami telah bermalam dirumah sahabat kami iaitu saudara Kio.
Saya sudah tidak mengingati perjalanan tersebut secara detail kerana tidak membuat catatan tetapi secara ringkasnya perjalanan itu bermula di kuantan, menuju ke Johor, kemudian naik ke melaka, negeri sembilan, selangor, kuala lumpur, perak, kedah, langkawi, perlis, kelantan, weng thailand, terengganu dan berakhir di kuantan.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah perjalanan dari Gerik ke Jeli. Satu pendakian yang memenatkan. Banyak mengheret basikal daripada mengayuh. Semoga, kawan2 yang menyertai kayuhan dahulu dapat membuat catatan disini. Supaya kenangan 21 hari kita berkayuh dahulu diimbau kembali.

1 comment:
Nan,
Sambung la cerita kayuh kelana tu...dan upload lagi gambor gambor dlm simpanan ko tu ... Nostalgia la.. back tu 93...
Post a Comment