TAHNIAH UNTUK YB DATO' SHAFRI ABDUL AZIZ, EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG. ADUN BUKIT IBAM (GEN5 TAHAP) ATAS ANUGERAH DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) SEMPENA KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG KE 78 PADA 24 OKT 2008.

Friday, June 27, 2008

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak


Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.


Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.


Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak.
Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid di dalam susu ibu bertambah secara ketara sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.

(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)
Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi ibu-ibu
yang menyusukan anak dan sedang mengandung.
Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid.


Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes, bacteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.


Paras kandungan antimikrobial fatty acids tersebut mungkin serendah 3-4% Namun apabila sesaorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.


Mutakhir ini kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu di beberapa negara, paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6% (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).


Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan
teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

Monday, June 16, 2008

Kayuh Kelana 1992

Teringat satu masa dahulu, 7 Januari 1993 (Khamis), 9 orang remaja yang sedang menunggu keputusan SPM 92 telah melakukan satu kayuhan bersejarah untuk lipatan diri mereka. Semasa di Kedah, 9 remaja ini telah disertai oleh seorang rakan mereka menjadikan 10 orang.



Berbekalkan semangat TAHAP BOLEH maka mereka memulakan perjalanan bersejarah untuk mengelilingi semenanjung Malaysia menaiki basikal. Perjalanan bermula dari Kuantan menuju ke Pekan (Hentian pertama). Walaupun jarak kuantan-pekan tu agak dekat tetapi kami telah beberapa kali berhenti kerana keletihan. Maklumlah otot baru nak pecah. Disana kami telah bermalam dirumah sahabat kami iaitu saudara Kio.
Saya sudah tidak mengingati perjalanan tersebut secara detail kerana tidak membuat catatan tetapi secara ringkasnya perjalanan itu bermula di kuantan, menuju ke Johor, kemudian naik ke melaka, negeri sembilan, selangor, kuala lumpur, perak, kedah, langkawi, perlis, kelantan, weng thailand, terengganu dan berakhir di kuantan.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah perjalanan dari Gerik ke Jeli. Satu pendakian yang memenatkan. Banyak mengheret basikal daripada mengayuh. Semoga, kawan2 yang menyertai kayuhan dahulu dapat membuat catatan disini. Supaya kenangan 21 hari kita berkayuh dahulu diimbau kembali.

Sunday, June 15, 2008

Tahniah!!!

Tahniah kepada semua sahabat yang sudah menulis dalam blog. Sebenarnya, aku ni pun baru menceburi bidang blog memblog ni. Baru tahun ni la startnye. Mengikut kefahaman aku blog ni maknanya 'book log'. So, semua catatan kita, boleh dilakukan di blog, umpama diari la.

Pelbagai perkara boleh kita tulis dalam blog ni. Politik, keluarga, pengalaman dan lain-lain lagi. Ikut kita la nak buat konsep apa. Konsep politik sepenuhnya boleh, konsep syok sendiri boleh, konsep caca marba pun boleh. Blog kita... ikut kita la kan..

Bagi sahabat yang nak buat blog... senang je... (kalau dah tau... takpe la, takyah la baca)

1. Tengok kat penjuru atas kanan blog ni. Ada 'create blog' kan? Klik kat situ.
2. Ikut la step yang dia nak (nama blog kita, template dll).
3. Pastu, boleh la memblog.

Kalau tengok blog kita ni ada 2 bahagian kan? Kiri (tempat kita tulis ni) dan kanan (ada jam tu). Nak edit yang belah kiri just klik kat 'new post' di penjuru atas kanan blog kita. Manakala nak edit yang belah kanan, klik kat customize. Banyak paparan yang akan keluar, pilih jer.

Lan haron musti nak citer pasal bercuti kat kuala gandah. Amin musti citer pasal kawasannye. King zoul pasti bercerita pasal 'isteri-isterinya'...

Ok. Selamat mencoba. Wassalam

Saturday, June 14, 2008

SALAM PERSAHABATAN

Pertama sekali saya mengucapkan salam dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada sdr Adnan atas usaha mengujudkan blog untuk warga tahap . Saya yakin dan percaya usaha murni ini akan mendatangkan hasil dan natijah yang berguna untuk kita semua. Agak bertuah juga saya kira menjadi warga Tahap walaupun cuma untuk tempoh tiga tahun sahaja ( 1988-1990). Saya kira dalam tempoh tiga tahun tersebut banyak mengajar saya dalam persiapan awal untuk melangkah ke Kolej Islam kelang dan seterusnya selepas itu di Universiti Islam Antarabangsa.

Walaupun dari segi pencapaian akademik saya tidaklah boleh dibanggakan sangat ( dikira dengan peluang yang diberi) tetapi peluang untuk bersama dengan orang-orang yang hebat semasa tempoh tiga tahun bersama dengan generasi ke5 banyak memberi panduan berguna dalam kehidupan saya.

Apa yang nyata, kalau dikenang kembali masa yang berlalu tersebut, tidak ada pun dikalangan kita yang menjangkakan ketika ini begini jadinya kita semua. Siapa yang dapat menduga dalam usia baru mencecah 33 tahun, sahabat kita YB Mohd Shafri telah pun menjadi ahli MMK kerajaan negeri Pahang. Malahan ramai diantara kita yang telah berjaya mengetuai bidang masing-masing.

Oleh yang demikian saya sangat gembira apabila sdr Adnan membuka blog ini untuk kita terus bertukar fikiran dan pendapat mahupun untuk meneruskan persahabatan yang mulia ini. Mungkin dengan adanya pengisian dan pertembungan minda ini akan melahirkan idea yang bernas yang bukan sahaja untuk dibuku atau dipamerkan malahan lebih jauh dari itu untuk dicernakan dalam masyarakat umumnya dan warga TAHAP khasnya.

Thursday, June 12, 2008

Terima Kasih Dene a.k.a Nan Hamid!


Assalamualaikum Wbt,

Kawan-kawan yang dikasihi....

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada saudara Nan Hamid Al-Pangsenami kerana meluangkan masa yang amat berharga dek kerana terpaut hati bagi menceriakan lagi hubungan kita melalui blog..sudah pasti Mazmiah di Riyadh berpeluang utk keep in touch!

Nengok gambor kat atas ter... tempat kita sama2 nasyid asma ul husna...yang paling best time "Baki" tu masing2 toleh ke Kiden dan "Aziizz" tu pada Shukri Roy...lama dah tak nasyid..meh test sekali...takut lupa deh..

Gambor sebeloh ni sape tau?

Cuba cam betui2...he..he... kolam sains...tempat kolam renang kita dulu...yang best nyer dia ander tempat yang dalam tu...

Pantang jam 2, 3 pagi...mesti ada orang bunian mandi..!

Dulu mane ander hok pokok2 ter.. togel aje..

Kolam kecik tapi boleh muat 20 orang! Tu ler keajaipan TAHAP ke 2. No 1 ialah pondok belakang pagor!

Perabot Untuk Sekolah

Satu gotong-royong mengangkut perabot di Bukit Aman untuk dihantar ke Sekolah Kita. Ketuanya ialah Saudara Joy. Penolongnya ialah Norsyah.

Tarikh: 12/06/2008

Tempat: Pejabat Kementerian Kesihatan, Bukit aman (Dekat dengan Stesen Keretapi & Masjid Jamek)

Masa: 9 Malam

Contact no: Kontek Joy or Norsyah

Siapa kelapangan, boleh menghadirkan diri. Semoga dirahmati Allah.

Wednesday, June 11, 2008

Minyak Kelapa Dara Asli

Sahabat kita saudar Zizi ada menjual minyak kelapa dara. Antara kesan-kesan positif minyak ini ialah mengurangkan migrain, kelemumur, smbelitm sakit lutut, belakang, denggi, kencing tak lawas, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi, insyaAllah. Keterangan lanjut, boleh hubungai beliau.

Friday, June 6, 2008

1 mei di Jerantut

Ni semua gambar 1 mei kita kat jerantut dulu.
Tengok gambar bawah ni... nampak tak bulu dada king zoul?

Gambar bawah ni sebelum miting bermula. Semua menongkat dagu... maklumlah borak kosong jer





Assalamualaikum...

Semua membe boleh memberi idea di blog ini. Khas untuk warga TAHAP gen 5. Generasi lain pun boleh. Aku akan invite beberapa orang untuk menulis dalam blog ini.